Apa khabar semua remaja hari ini? Dah sarapan atau belum?
Jika anda memasuki kelas pada waktu pertama ( untuk pelajar yang bakal mengajar ) dan menyoal anak murid anak soalan ini pasti anda memperolehi 2 jawapan yang berbeza. Ada yang sudah dan ada yang belum?
Jika ditanya kenapa mereka tidak sarapan pagi, pelbagai jawapan yang diterima.
· Tak sempat.
· Mak tak masak.
· Tak berselera makan diwaktu pagi
dan macam-macam lagi jawapan yang kita terima.
Sarapan pagi, penting atau tidak?
Sarapan pagi adalah seseuatu yang amat penting dan merupakan satu kemestian. Kenapa begitu. Setelah lebih kurang 4-6 jam kita tidur, dan sebenar banyak tenaga dihabiskan sewaktu kita tidur. Ya, sewaktu kita tidur pun banyak tenaga digunakan. Kira-kira seketul ayam goreng nilai tenaga yang digunakan. Sewaktu kita tidur tenaga digunakan untuk tumbesaran dan seumpamanya.
Jadi kehilangan tenaga yang banyak memerlukan kita mengantikan dengan bekalan tenaga yang baru secepat mungkin atau di awal pagi kerana kita akan menjalani kehidupan yang lebih aktif di siang hari. Pelbagai aktiviti dilakukan dan sudah tentu banyak tenaga yang diperlukan.
Berapa kuantiti yang sarapan yang diperlukan?
Kuantiti pemakanan harian yang diperlukan adalah mengikut keperluan individu. Tetapi bagi saya, saya suka makan banyak di waktu pagi. Saya makan mengalahkan makan tengah hari.
Keperluan sarapan pagi bagi murid sekolah.
Belajar memerlukan banyak tenaga. Jika mereka tidak sarapan pagi mereka terpaksa belajar selama 3 jam dengan perut kosong. Ini sudah pasti tidak baik untuk pembelajaran mereka. Perut yang kosong biasanya mengganggu penumpuan murid dalam kelas terutama waktu sebelum rehat.
Kesimpulanya.
Biasakan ambil sarapan bagi walaupun dengan secawan milo panas dan sekeping sandwich. untuk minda yang cerdas berfikir dan minda yang cepat bertindak.
Terima kasih dan penghargaan:
( Info diperolehi daripada : Cikgu Farizol)