~Remaja @ Mutiara~

Dari meja penerbit.

Remaja@Mutiara

Dari Remaja Berilmu Untuk Semua

Hai semua.. pejam celik pejam celik nampaknya kita dah  berada dalam bulan april 2009. Dah lama rasanya kita tak dengar khabarnya daripada kawan-kawan remaja kita.. Ehm sedar tak sedar kita dah bersama ramai remaja kita bermula dari bulan Oktober sehingga April 2009. Bermula dengan DJ Remaja Fida, kemudian kita ada DJ Robert, DJ Akmal, DJ Hafiz dan isterinya iaitu pemenang satu rancangan reality TV yang membuat penampilan istimewa dalam rancangan Remaja @ mutiara untuk bulan Januari.

Nampaknya juara kita ini tak mahu mengaku kalah dengan topik-topik yang cukup menarik terutamanya berkenaan topik pelajar IPT yang belajar lagi namun telah mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga...

Yang berkesempatan mengikuti siaran ini pasti tak kering gusi dengan DJ remaja pada bulan Februari yang suka sangat bicara santai dengan lawak-lawak terkenalnya itu, siapa lagi kalau bukan DJ Key El pelajar Politeknik Seberang Perai.

Bulan Mac juga kita bersama dengan seorang pelajar politeknik dan apa yang menariknya kita berjaya menjemput seorang YDP yang cukup pintar berkata-kata. Bulan Mac juga  membawa kelainan kerana buat pertama kalinya DJ remaja kita ini mempamerkan kehandalan berinteraksi dengan remaja daripada IPT lain dalam siaran luar remaja @ mutiara bersama Hanif dari luar lokasi. Terima kasih Hanif. Lepas ni kena lebih banyak bersenam ye.. takut takut pancit lagi. he he .

Pada bulan ini iaitu April, untuk kali ke duanya kita bersama si Dara jelita dan buat kali pertamanya untuk tahun ini. Tak tahulah kenapa agaknya remaja perempuan kita malu-malu sikit untuk sertai kita dalam pencarian DJ Remaja untuk Mutiara FM. Ada ketul emas agaknya tu.. He He Semua remaja perempuan jangan ambil hati ye, saya pun perempuan jugak. Dj remaja bulan April kita bersama si cantik Nadia, atau nama glamour nya iaitu Nad. (Ingat Nerd tadi).

Untuk semua remaja jangan malu-malu untuk terus kembangkan bakat anda dalam bidang penyiaran kerana Remaja@mutiara mungkin jalan permulaan untuk anda mencapai impian anda. Sekali lagi untuk semua Remaja ingat perjuangan kita untuk menjadikan Remaja Malaysia Remaja bermoral dan berakhlak setara dengan pencapaian akademik. Juga nantikan bulan Mei ini untuk semua Remaja daripada mana-mana IPT kita akan bersama dalam Remaja@Mutiara yang berwajah baru. Sila semak jadual aktiviti ok!!

Sertai kami dalam rancangan ini yang julung-julung kalinya diadakan oleh satu-satunya stesen radio iaitu Mutiara Fm Segalanya untukmu. Jangan lepaskan peluang!!

Mengenai rancangan ini.

Remaja@Mutiara

Dari Remaja Berilmu Untuk Semua

 

Bulan Oktober 2008 merupakan bulan yang cukup bermakna bukan sahaja untuk rancangan ini kerana ( pertama kalinya diterbitkan) tetapi untuk mutiara fm yang memperkenalkan banyak rancangan barunya yang diterbitkan oleh penerbit-penerbit baru yang berbakat besar dalam bidang penyiaran. Nama-nama seperti Syaiful Bakhtiar (Dj Syaiful), Shahir (Dj Shah) dan Noorita Sudin (Dj Ita) mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi, namun hadirnya bintang-bintang baru yang berbakat besar seperti Zaifullah(Dj Zaff), Syarmimie Shazwani ( Dj Mimie) , Saiful Izham ( Dj Izham) juga saya sendiri yang baru mengorak langkah dalam bidang ini pastinya tidak perlu diperlekehkan. Yang pasti kehadiran pelapis-pelapis muda ini pastinya membawa  pembaharuan walaupun pada mulanya agak memeningkan kepala pihak pengurusan (harap maaf). Namun yang pastinya kehadiran mereka ini lahir dari semangat jitu pihak pengurusan Mutiara Fm dibawah pimpinan Cik Siti Mahani selaku Pengarah Penyiaran Kawasan Utara demi matlamat memajukan stesen nombor satu di Pulau Pinang.

 

Kembali ke rancangan Remaja@Mutiara yang satu-satunya membuka ruang kepada remaja-remaja dari IPT di pulau pinang juga dari negeri sekitarnya. Yang pasti idea ini lahir dari seorang peserta kursus ( yang suatu ketika dianjurkan oleh Mutiara Fm)  yang saya kenali sebagai Cik  Sarah yang menyarankan agar satu rancangan untuk pelajar-pelajar IPT diperkenalkan. Hasil dari perbincangan tidak rasmi itu saya terfikir pastinya banyak pelajar-pelajar di luar sana ingin berkongsi dan menimba pengalaman yang cukup berharga ini dan merasai sendiri bagaimanakah rasanya menjadi seorang penyiar. Pengalaman yang tidak mungkin datang bergolek dari stesen-stesen radio lainnya.

 

Pelajar-pelajar  yang berminat dalam bidang ini pastinya dapat merasai pengalaman unik tanpa syarat yang ketat ( seperti lazimnya). Yang perlu cuma seorang pelajar IPT, berusia 23 tahun kebawah dan petah berkata-kata. Yang paling penting dia mestilah seorang remaja yang ceria. macam saya juga. ( alahai perasannya). Sebagai permulaan kami memperkenalkan Dj Remaja untuk bulan Oktober iaitu Fida yang cukup ceria namun masih tersipu-sipu mencari identitinya. Mungkin untuk bulan seterusnya adalah peluang buat diri anda, namun yang pasti nantikan rancangan ini setiap sabtu 3.05 minit petang hingga 4.00 petang. Bulan ini pastinya kita bakal menyelami mengenai remaja yang bakal menghadapi peperiksaan. Jadi atasi stress anda dan fokuskan minda agar terarah pada yang sepatutnya.

 

Akhir kata dari saya, terus setia bertemankan mutiara fm agar anda mampu menjana modal insan yang berkualiti dan berpengetahuan luas, kerana Mutiara Fm, Bukan Sekadar Hiburan!

 

Dari Hati Ini,

Siti Nurulhusna Bokhari

Penerbit Rancangan Remaja@Mutiara